KUALI | Video
Azizul Ammar tak cerewet bab makan, sardin dan telur kicap pun dah cukup!
TERASA tidak lengkap sambutan raya pelakon dan pengacara, Azizul Ammar tanpa juadah kegemarannya iaitu ayam masak merah dan kuah lodeh.
Kata Azizul, memang sudah menjadi kemestian jika tiba hari raya, dia akan minta isteri kesayangannya, Nina untuk sediakan beberapa juadah kegemarannya itu yang cuma disambut setahun sekali sahaja.
Tapi kalau hari-hari biasa, Azizul kata dia tidaklah terlalu cerewet atau memilih soal makan. Masakan sederhana seperti sardin dan telur kicap pun sudah cukup sedap baginya.
Tapi jangan tak tahu, Azizul juga punya kelebihan masakan tau bila mengakui cekodok pisang air tangannya
sangat digemari ramai.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN INI
