Jazmy Juma boleh buat kuah kacang... Hari raya wajib ada mi bandung
LAHIR dan dibesarkan di Perak, pelakon dan penyanyi Jazmy Juma tidak boleh lari dengan sajian ikonik negeri tersebut iaitu rendang tok.
Katanya, setiap rumah yang dikunjungi di Perak pasti akan menghidangkan rendang tok sebagai juadah utama ketika hari raya.
Namun untuk kelainan, Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan berkata keluarganya turut menghidangkan mi bandung ketika hari raya walaupun makanan tersebut lebih dekat dengan masyarakat di Muar, Johor.
Satu yang menarik, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu sempat berkongsi resipi menghasilkan kuah kacang yang menjadi antara makanan kegemarannya ketika lebaran.
Bagi sesetengah orang, cara membuat kuah kacang mungkin dianggap renyah, namun bagi Jazmy, hidangan berasaskan kacang tanah dan dimakan bersama nasi impit itu mudah untuk dihasilkan.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN INI
