KUALI | Video

Penyampai radio kena banyak cakap, tak boleh tunjuk letih... Ini cara Elly Arifin kekal bertenaga sepanjang Ramadan

KERJAYA sebagai penyampai radio atau DJ menuntut seseorang untuk banyak bercakap dan perlu berkomunikasi dengan pendengar dalam tempoh masa yang panjang.

Ia bukanlah perkara mudah untuk semua orang, lagi-lagi pula di bulan Ramadan ini, memang sangat mencabar!

Iyalah, banyak bercakap ni boleh membuatkan tekak cepat kering dan badan pun mudah letih.

Sebab itulah mereka perlu mendapatkan makanan berkhasiat dan minum air secukupnya sewaktu bersahur supaya kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

Berkongsi rutin sebagai seorang DJ, salah seorang penyampai Suria FM iaitu Elly Arifin memberitahu dia mengambil makanan lebih protein untuk mengekalkan tenaganya.

Memulakan tugas di konti seawal pukul 6 pagi, Elly yang mengendalikan segmen Pagi On Suria bersama Ajak dan Fad berkata dia juga perlu memastikan tubuh mendapat air secukupnya.

Meskipun rutin harian semasa Ramadan tiada beza dengan bulan-bulan lain, namun Elly tetap perlu mendapatkan makanan berkhasiat untuk kesihatan tubuh.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular