Lebih 120 juadah bufet Dari Dapur KL Metropolis MITEC... Hidangan kambing golek paling ditunggu-tunggu
LEBIH daripada sekadar pengalaman menjamu selera, bufet bertemakan Dari Dapur KL Metropolis, Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) menghidupkan suasana berkumpul cukup selesa.
Menyediakan lebih 120 hidangan lokal dengan sentuhan kontemporari, setiap sajian diketengahkan memberikan kepuasan selepas seharian berpuasa.
Antara menu yang menjadi tarikan sepanjang Ramadan ini ialah kambing bakar golek dengan sos istimewa, pilihan satay dari King Satay Malaya, hidangan laut bakar segar dan nasi lemak ayam berempah Mok Cik Rina.
Bagi menu pencuci mulut pula, Cendol Gula Melaka dihasilkan menggunakan campuran khas tiga sumber gula Melaka premium semestinya menjadi pilihan pengunjung.
Lokasi: Garden Court Cafe & De Heritage, MITEC
Harga: RM148++ (Dewasa) / RM74++ (Kanak-kanak dan warga emas)
Tempoh: 4 Mac hingga 15 Mac 2026
Tempahan: +603 6206 0100 (ext. 100)
TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI
