Hub sajian serantau berbuka puasa di Santa Grand Signature KL, siap pakej sahur
MEMANDANGKAN Ramadan bakal menjelang beberapa hari lagi, pasti ramai sudah mula mencari lokasi berbuka puasa yang bukan sahaja menyajikan hidangan enak dan berbaloi, malah menawarkan kelainan tersendiri.
Sajian serantau bufet Ramadan di Santa Grand Signature Kuala Lumpur menampilkan gabungan resipi nostalgia ala kampung bersama sentuhan kontemporari sajian hotel.
Kombinasi ini mewujudkan suasana yang selesa dan elegan, sekali gus membangkitkan selera untuk menikmati majlis berbuka puasa bersama keluarga serta rakan-rakan.
Lebih menarik, bagi mereka yang mencari lokasi bersahur, Kapitan Cafe turut menawarkan pilihan lengkap sepanjang Ramadan dari jam 4.30 pagi hingga 5.45 pagi.
Ia menjadi pilihan ideal bagi warga kota yang ingin menikmati hidangan sahur di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Bufet Ramadan ini turut menawarkan harga promosi tempahan awal untuk dewasa pada RM103 sehingga 16 Februari.
MENARIK DIBACA :
MENARIK DIBACA :
Harga biasa pula adalah RM140 bagi tempoh 23 Februari hingga 18 Mac 2026.
Bagi pakej kanak-kanak dan warga emas, harga yang ditawarkan hanyalah RM70.
Untuk pertanyaan dan tempahan, anda boleh menghubungi Kapitan Cafe di talian +603 2027 1969 atau melalui WhatsApp di +6019 339 9524
Lokasi: Kapitan Cafe, Aras 3, Santa Grand Signature Kuala Lumpur, 36, Jln Ampang, City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari dari jam 6:30 petang hingga 10:00 malam.
Tonton video penuh di YouTube Kuali.
