Harga tak berubah sejak 1987, ABC legend ini cuma RM3 sebekas
KADANG-kadang, tekak pun boleh rasa bosan asyik menelan makanan viral moden sahaja.
Pada waktu inilah pilihan makanan atau pencuci mulut legenda kembali menjadi pujaan lebih-lebih lagi hidangan legend seperti ais batu campur (ABC).
Hakikatnya, kebanyakan ABC zaman sekarang sudah dimodenkan dengan pelbagai hiasan (topping) pelik sehingga menghilangkan rasa asli ABC klasik.
Kedai cadangan Kuali di ABC Kedai Batu No 22, medan selera Kampung Pandan, sebuah kedai popular yang telah bertapak sejak 1987 ini masih mengekalkan keaslian rasa ABC legenda dengan harga serendah RM3 sahaja.
Manisnya seimbang dicampur sirap, jagung, cendol, kacang dan ais halus menggunung cukup menyegarkan tekak.
Lokasi : ABC Kedai Batu No 22, Jalan Thaver, Kamoung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi : (Setiap hari tutup selasa) 10 pagi - 7 malam
Tonton video penuh di YouTube Kuali.