KUALI | Video
Kuih koci Moktan Leleh, sekali picit inti padat tersembul keluar
BUKAN sahaja teksturnya lembut dan kenyal, rasa santan pekat menyelimuti setiap gigitan kuih koci disajikan Moktan Leleh pasti membuatkan teringat-ingat.
Lebih menarik, kuih koci padat ini disediakan dalam 4 rasa iaitu labu, pandan, pulut hitam dan keladi memberikan kepelbagaian pada pilihan.
Harga pula sangat berbaloi cuma RM4 untuk 5 biji dan puas hati makan!
Jangan tonton saja, lapangkan masa datang sendiri ke Desa Pandan untuk jamah Kuih Koci Moktan Leleh.
Tonton video penuh di YouTube Kuali.