KUALI | Video

Tak lengkap tengah hari terik tanpa perkena Cha Ba Ang, memang ketagih!

PANAS terik tengah hari di Malaysia memang mencabar dengan peluh mencurah, tekak pula kering memang boleh hilang mood.

Tapi bayangkan satu gelas Cha Ba Ang yang sejuk berais, cukup rasa manis, lemak dan segar, memang ‘ngam’ sangat apabila setiap hirupan bukan sahaja melegakan dahaga malah memberi kepuasan dan menyegarkan semula tenaga.

Menariknya, Cha Ba Ang bukan sekadar penghilang dahaga kerana rasanya yang unik dan membuatkan ketagih sudah pasti mahu lagi, maka tak hairanlah kenapa ramai sanggup beratur panjang semata-mata nak layan minuman ini di waktu tengah hari.

Jadi, kalau cuaca tengah terik dan badan mula rasa lemah itu tandanya anda kena perkena segelas Cha Ba Ang. 

Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular