KUALI | Video
Tak payah susah-susah ‘book’ tiket pesawat, Nasi Lemak Pak Nasser dah ada di KLIA2
TAK perlu lagi naik kapal terbang untuk menikmati Nasi Lemak Pak Nasser kerana hidangan itu boleh didapati di outlet terbaharu Santan di Food District, KLIA Terminal 2.
Pembukaan ini membolehkan orang ramai menikmati sajian kegemaran dalam pesawat, terus di darat dalam suasana yang lebih santai dan mudah diakses.
Konsep ready-to-eat yang diketengahkan sangat praktikal memandangka ia mudah, cepat dan sesuai buat mereka merasai hidangan lazat tanpa perlu menunggu lama.
Masih mengekalkan rasa asli dengan sambal pedas manis, gabungan rendang ayam yang empuk dan kaya dengan aroma rempah cukup membangkitkan selera.
Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.