Elak sayur layu ketika celur, jangan silap teknik! EVOO, garam bahan paling penting
CARA penyediaan sayur juga memainkan peranan penting bagi mengekalkan tekstur, rasa dan kandungan nutriennya.
Jika selama ini sayur sering dimasak tumis atau digoreng, apa kata sekali-sekala cuba kaedah celur yang lebih ringkas tanpa memerlukan penggunaan minyak.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi cara mudah menikmati sayur celur sekali gus mengurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan.
“Lepas ini cuba kurangkan sikit sayur goreng. Tukar buat sayur celur (blanch) pula,” kongsinya.

Individu itu turut berkongsi beberapa tip ketika menyediakan sayur celur, termasuk menambah sedikit minyak zaitun ekstra dara (EVOO) selepas sayur ditos untuk manfaat kesihatan jantung.
1. Cuci sayur terlebih dahulu
Individu itu mencadangkan sayur dicuci di bawah air mengalir dan direndam seketika menggunakan baking soda sebelum dibilas semula.
MENARIK DIBACA: Bukan telur atau tahi! Ramai buang bahagian kuning ketam, rupanya boleh makan
MENARIK DIBACA: Keropok lekor 'homemade' guna lebihan nasi, lebih 'fresh' dari beli di kedai
2. Celur dalam air garam
Selepas dicuci, masukkan sayur ke dalam air sedang mendidih dan dicampur sedikit garam.
3. Tak perlu letak minyak dalam air
Kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan minyak berlebihan.

4. Toskan sebelum tambah minyak
Selepas sayur diangkat, biarkan airnya ditos terlebih dahulu, lalu renjis satu sudu kecil EVOO.
5. Jangan celur terlalu lama
Tempoh memasak juga perlu diberi perhatian supaya sayur tidak terlalu lembik.