info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Sering dianggap ‘ubat ajaib’... Ini 5 perkara tentang kurkumin dalam kunyit ramai tak tahu

Lead Image

KUNYIT memang sinonim dengan masakan masyarakat tempatan yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat untuk tubuh.

Sebenarnya, ada beberapa perkara penting perlu diketahui sebelum kita menganggap kunyit sebagai bahan mampu membantu merawat pelbagai masalah kesihatan.

Di Threads, seorang pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Ayu Rizki, berkongsi mengenai kandungan kurkumin pada kunyit yang dianggap sebagai ‘ubat ajaib’ oleh masyarakat.

Berikut lima perkara perlu diketahui tentang kurkumin:

Kunyit boleh digunakan dalam pelbagai masakan harian.

1. Bersifat anti radang

Kurkumin antara sebatian utama dalam kunyit yang bersifat anti radang. 

Bagaimanapun, kajian mendapati manfaat kurkumin terhadap manusia masih mempunyai had dan tak semuanya menunjukkan keputusan sama bergantung reaksi tubuh.

MENARIK DIBACA: Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"

MENARIK DIBACA: Kerap minum kopi berisiko lemahkan tulang, wanita berusia perlu waspada - Kajian

2. Sukar diserap tubuh

Pengambilan kunyit tidak bermakna semua kurkumin akan diserap dengan baik oleh tubuh. Kurkumin mempunyai kadar penyerapan rendah apabila diambil sendirian.

Gandingan lada hitam dapat membantu penyerapan kurkumin dalam tubuh.

3. Lada hitam bantu penyerapan

Antara cara sering dikaitkan dengan peningkatan penyerapan kurkumin adalah pengambilan bersama piperina, iaitu sebatian yang terdapat dalam lada hitam.

Jadi, gabungan kunyit dan sedikit lada hitam dalam masakan mempunyai asas dari sudut penyelidikan, walaupun ia tidak menjadikan kunyit sebagai ubat.

4. Lemak juga main peranan

Kurkumin mempunyai sifat larut lemak. Justeru, pengambilannya bersama sedikit lemak atau minyak boleh membantu dari segi penyerapan.

Kunyit sesuai dijadikan sebahagian daripada pemakanan seimbang, tetapi bukan pengganti ubat doktor.

5. Bukan pengganti ubat

Walaupun kunyit mempunyai sebatian menarik untuk dikaji, ia tidak sepatutnya digunakan sebagai pengganti ubat atau rawatan yang diberikan doktor.

Pengambilan suplemen kurkumin dalam dos tinggi juga tidak sama dengan menggunakan kunyit sebagai bahan masakan. 

Individu mengambil ubat pencair darah atau mempunyai masalah pundi hempedu khususnya perlu mendapatkan nasihat profesional kesihatan sebelum mengambil suplemen berkenaan.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah percaya dakwaan bahawa kunyit mampu menyembuhkan segala penyakit kerana bukti saintifik mengenai kurkumin masih terus dikaji.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Isi tak banyak, tapi leher ayam tinggi kolagen sama seperti bahagian kaki

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

"Kenapa takut sangat letak MSG?" - Pengguna tegar garam biasa dalam masakan perlu tahu fakta ini

Terhangat