info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Tony Fernandes kritik makanan, tapi puji servis Singapore Airlines - “Santan jauh lebih baik”

Lead Image

PENGASAS bersama AirAsia, Tony Fernandes mencuri perhatian selepas berkongsi pendangannya mengenai perkhidmatan serta makanan ketika menaiki penerbangan dari negara jiran, Singapore Airlines.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Tony berpuas hati dengan pengalaman penerbangannya terutama dari segi layanan kru kabin serta kemudahan internet dalam pesawat yang disifatkannya sangat baik.

Bagaimanapun, dia mempunyai pandangan berbeza mengenai makanan yang disajikan oleh syarikat penerbangan tersebut yang disifatkan 'buruk'.

Tony berpandangan hidangan yang diterimanya agak mengecewakan dan secara terbuka membandingkannya dengan Santan, iaitu jenama makanan dalam penerbangan milik AirAsia.

Nasi Lemak Pak Nasser merupakan antara hidangan popular di dalam penerbangan AirAsia.

Tidak hanya itu, Tony turut mendakwa kru kabin Singapore Airlines sendiri mengakui makanan Santan lebih baik.

“Baru sahaja terbang dengan Singapore Airlines kerana tidak dapat menaiki AirAsia. Servis sangat baik, internet menakjubkan, tetapi makanan kurang memuaskan. 

"Santan jauh lebih baik dan kru (Singapore Airlines) sendiri mengakuinya,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Tony turut berkongsi swafoto ketika berada di dalam pesawat dengan siaran BBC News dipaparkan pada skrin hiburan, selain gambar makanan kuetiau goreng yang dihidangkan.

Walaupun mengkritik aspek makanan, Tony menyifatkan pengalaman keseluruhan penerbangan itu sebagai baik dan berpandangan AirAsia tidak begitu jauh ketinggalan dari segi pengalaman penerbangan secara keseluruhan.

MENARIK DIBACA: Tak payah susah-susah ‘book’ tiket pesawat, Nasi Lemak Pak Nasser dah ada di KLIA2

MENARIK DIBACA: Macam lepak dekat kopitiam, AirAsia hidang menu baharu sempena bulan Kemerdekaan

Hantaran itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing menikmati makanan ketika menaiki penerbangan AirAsia.

Seorang pengguna Instagram berkata, makanan AirAsia antara yang terbaik berdasarkan pengalaman penerbangannya ketika mengembara ke luar negara.

“Sudah pergi ke 18 negara dan mencuba beberapa syarikat penerbangan berbeza, tetapi secara jujurnya tiada yang dapat menandingi makanan Santan. 

"Seronok terbang sambil makan-makan. Kita orang Malaysia memang suka makan sedap-sedap,” katanya.

Antara komen pengguna yang memuji makanan disediakan Santan untuk AirAsia sebagai antara yang terbaik.

Bagaimanapun, tidak semua netizen bersetuju dengan pandangan tersebut.

Seorang netizen berkongsi pengalaman kurang memuaskan selepas makan nasi lemak ketika menaiki AirAsia.

Menurutnya, nasi lemak yang diterima tidak begitu segar dan sambalnya kelihatan sudah berubah warna.

“Maaf, saya kurang bersetuju. Nasi lemak yang saya dapat daripada AirAsia tidak begitu segar dan dipanaskan semula. 

"Saya masih boleh nampak sambalnya benar-benar berwarna perang, manakala nasinya juga tidak cukup santan dan lembap,” katanya.

Servis sangat baik, internet menakjubkan, tetapi makanan kurang memuaskan.

Tony FERNANDES

Pengguna itu mendakwa pengalaman tersebut membuatkannya serik untuk menempah makanan ketika menaiki AirAsia.

Untuk info, Santan adalah anak syarikat katering, makanan dan minuman (F&B) rasmi di bawah Capital A (syarikat induk AirAsia) dengan menyediakan makanan dan minuman di dalam pesawat AirAsia.

Antara hidangan ikonik mereka yang sangat popular dalam kalangan penumpang ialah Nasi Lemak Pak Nasser.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Bubbles O2 tarik balik 14 'batch' produk susulan aduan bau, rasa pelik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Minyak paket bersubsidi dijual di Thailand cetus persoalan - "Nak beli di Malaysia punyalah susah"

Terhangat