info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Penangan kicap Malaysia, lelaki ini tak boleh 'move on' lepas pulang ke Korea

Lead Image

KITA biasa dengar rakyat Malaysia mudah jatuh cinta dengan makanan Korea.

Siapa sangka makanan tempatan juga mampu meninggalkan kesan buat seorang lelaki dari negara popular dengan K-drama itu.

Perkara itu 'terbongkar' melalui hantaran dibuat oleh seorang pemandu pelancong Korea Selatan dikenali sebagai Jordon Moon di Threads.

Lelaki itu mengakui sering teringat-ingat keistimewaan sajian Malaysia, khususnya kicap manis.

Lebih menarik perhatian, dia turut berkongsi gambar sebotol kicap, hadiah daripada seorang rakannya ketika berkunjung ke negara ini sekitar Jun lalu.

Perkongsian mengenai kicap mengundang pelbagai cadangan daripada warganet.

“Makanan di Korea sedap. Tapi makanan Malaysia buat saya selalu rindu.

"Sos ini (kicap) hadiah sangat berharga daripada rakan semasa saya pergi ke Malaysia,” kongsinya ringkas.

Menariknya, kicap itu bukan sahaja dinikmati oleh Jordon seorang, malah turut menjadi kegemaran anak-anaknya.

Menerusi ruangan komen, dia memberitahu kicap berkenaan juga hampir habis kerana kerap digunakan ketika menikmati hidangan di rumah.

Jordon mendedahkan cara paling ringkas untuk menikmatinya adalah dengan mencampurkan kicap bersama nasi dan telur.

“Saya makan kicap ini dan gaul-gaul bersama nasi serta telur, memang tak sedar makan banyak,” tulisnya.

Rata-rata warganet terhibur dan bangga melihat makanan ringkas seperti kicap mampu membuatkan warga asing merindui Malaysia.

MENARIK DIBACA: Ada sebab orang dulu-dulu tak guna sabun cuci lesung batu, cuma jirus air panas

MENARIK DIBACA: Detik cemas di dapur! Bilah 'chopper' patah, terpelanting - "Sikit lagi nak kena mata"

Ada juga yang berkongsi cara lain menikmati kicap, termasuklah dijadikan pencecah buah oren masam dicampurkan dengan sedikit gula.

“Ni memang favourite kicap saya. Jordon, awak kena cuba makan dengan buah oren masam. Kicap ini letak gula, cecah buah oren. Memang sedap.

“Kicap Cap Kipas Udang for life!”

Lelaki ini turut berkongsi cara dia dan keluarga menikmati kicap keluaran Malaysia.

“Makan dengan nasi putih, telur dadar, mata panas-panas memang sedap.

“Kita geng. Sekarang kalau makan nasi tak ada kicap tak sah. Hidup merantau ni tak senang.

“Ini soy sauce, orang Malaysia panggil kicap, wajib ada di rumah especially rumah orang Melayu," antara komen netizen.

Siapa sangka kicap yang kita anggap ‘benda kecil’ mampu menjadi pembangkit selera dan membawa rasa rindu yang besar. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Zhiddin Aziz kongsi pengalaman di Jepun, ramai setuju pakai 'glove' tak jamin makanan bersih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita ditegur sebab masak nasi, telur serentak - "Mak aku meninggal sebab salmonella"

Terhangat