info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

7 jenama coklat Malaysia dengan rasa, kualiti terbaik setanding produk koko luar negara

Lead Image

DI pasaran ketika ini, terdapat pelbagai pilihan coklat yang pasti membuatkan sesiapa sahaja terutama penggemarnya rambang mata. 

Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita cenderung memilih jenama dari luar negara kerana menganggap kualitinya lebih bagus.

Sebenarnya jenama coklat tempatan tidak kurang hebatnya! 

Selain rasanya yang sedap dengan kualiti setanding coklat luar negara, membeli produk tempatan juga adalah satu usaha untuk menyokong barangan buatan Malaysia.

Menerusi hantaran di Threads, seorang wanita bertanyakan tentang senarai coklat buatan Malaysia yang menggunakan biji koko dari tanah air sendiri.

"Ada siapa-siapa boleh senaraikan jenama coklat buatan Malaysia by our rakyat Malaysia? Made from our own biji koko dari tanah kita.

"Pernah lalu kat FYP TikTok saya baru-baru ni, brand chocolate local tapi pemilik jenama tu orang asing, co-founder orang kita. Sorry, I’m interested only with jenama tempatan yang dimiliki rakyat Malaysia sendiri," tulisnya.

Di ruangan komen, netizen tampil berkongsi beberapa jenama coklat popular tempatan di pasaran.

Berikut adalah 7 jenama coklat tempatan di pasaran Malaysia:

Antara jenama tempatan yang paling popular di Malaysia. - Berylschocolate

1. Benns

Jenama asal Malaysia ini bukan sahaja menggunakan biji koko tempatan, malah menggabungkan adunan biji koko dari pelbagai negara jiran seperti India, Thailand, Vietnam, dan Filipina untuk menghasilkan rasa yang unik.

2. Beryl's

Siapa sahaja yang tidak kenal jenama besar tempatan ini? 

Walaupun diasaskan di Malaysia, Beryl's menggunakan biji koko yang diimport khas dari Ghana bagi mengekalkan kualiti dan rasa coklat premium mereka.

Jenama Grandeur mendapatkan bekalan biji koko berkualiti tinggi secara rasmi daripada Lembaga Koko Malaysia.

3. Fidani

Jenama coklat tempatan yang terkenal dengan rekaan eksklusif ini menggunakan 'cocoa butter' yang diimport khas dari Belgium dan Perancis demi mendapatkan tekstur yang halus dan mewah.

MENARIK DIBACA: Jintan bantu legakan perut ‘bloated’, gerd… Boleh jadikan minuman, minyak sapu

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

4. Ryverra

Ini merupakan pilihan tepat buat pencinta barangan tempatan! Jenama Ryverra menggunakan 100 peratus biji koko yang dituai dan dihasilkan dari dalam negara.

Jenama Borco menggunakan biji koko asli yang ditanam dan dituai khas dari Sarawak. - Agrobazaar

5. Grandeur

Tidak perlu diragui lagi kualitinya, jenama Grandeur mendapatkan bekalan biji koko berkualiti tinggi secara rasmi daripada Lembaga Koko Malaysia.

6. Borco

Mengetengahkan hasil bumi Borneo, jenama Borco menggunakan biji koko asli yang ditanam dan dituai khas dari Sarawak.

7. Vochelle (Maestro Swiss)

Walaupun menggunakan nama yang kedengaran seperti jenama luar negara, produk di bawah Maestro Swiss ini sebenarnya menggunakan biji koko tempatan yang diperolehi dari ladang di Pahang dan Melaka.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Detik cemas di dapur! Bilah 'chopper' patah, terpelanting - "Sikit lagi nak kena mata"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Asal usul nasi lemak kangkung dipersoal... Ramai kata dah wujud era 70-an di tiga negeri

Terhangat