info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

‘Sambal Nyet’ dijadikan hantaran, ramai risau pengantin bakal dapat dulang kosong

Lead Image

BIASANYA dulang hantaran akan diletakkan wang, barang kemas atau hadiah istimewa untuk pasangan.

Bagaimanapun, seorang lelaki tampil mencadangkan agar ‘Sambal Nyet Bilis’ dijadikan hantaran bernilai RM10,000.

Berkongsi hantaran di Threads dia berkata idea itu muncul selepas hasratnya mendapatkan RM10,000 dengan menjadi pembeli terpantas produk itu untuk dijadikan wang hantaran tidak kesampaian.

Enggan terus melayan kekecewaan, dia memberikan idea kepada orang lain yang mungkin sedang mencari ilham untuk menyediakan dulang hantaran perkahwinan.

“Sambal Nyet Bilis ni berharga RM10,000. Bolehlah nak buat hantaran,” tulisnya ringkas.

Khairul Aming turut memberi maklum balas terhadap hantaran itu.

Siapa sangka perkongsian ringkas itu mendapat perhatian 'pemilik' Sambal Nyet, iaitu Khairul Aming (KA) yang menganggap idea tersebut sebagai menarik.

“Cantik juga buat hantaran rupanya,” balasnya di ruangan komen. 

Pada Ogos lalu, KA mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila mengumumkan ‘restock’ sebanyak 150,000 botol Sambal Nyet Bilis tidak lama selepas produk itu dilancarkan, dengan lima pembeli berpeluang memenangi wang tunai RM10,000.

MENARIK DIBACA: Tumpahkan kopi di kafe popular Indonesia, layanan staf dipuji - "Malaysia kena banyak belajar"

MENARIK DIBACA: Mudah je buat 'strawberry Brazilian lemonade', minum masa cuaca panas terus segar tekak

Perkongsian lelaki itu turut mendapat pelbagai reaksi warga maya, malah ada yang berseloroh mengenai hantaran sambal tersebut.

“Sambal tu hantaran paling mahal buat masa sekarang.

“Orang dah tak pandang dah hantaran lain-lain, orang beri perhatian pada sambal ni sekarang.

“Cukup lagi tak lima balang kat situ? Mana tahu tetamu dah ambil makan dengan nasi kenduri.

“Jaga-jaga takut nanti kena 'rembat', tinggal dulang je,” antara komen netizen.

Komen netizen.

Ada juga yang mula membayangkan ‘persaingan’ hantaran sekiranya KA melancarkan lebih banyak produk makanan pada masa akan datang.

“Habis la KA buat hantaran sambal untuk produk seterusnya. Jenuh pengantin nak 'battle'.

“Pertama kali nampak harga ikan bilis mengalahkan kaviar. Bilis 'heterochromia' agaknya.

“Kalau jadikan slot Rembayung sebagai hantaran pun menarik juga," komen netizen lagi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Rider 'kantoi' curi makanan pelanggan, tampil mohon maaf lepas rakaman CCTV tersebar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Keluarga besar sakan bawa bekal naik 'flight', suasana dalam pesawat macam ada kenduri

Terhangat