info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Dulu percuma, kini RM18 sekilo! Orang ramai disaran tanam daun kari, modal cuma RM1

Lead Image

UNTUNG tinggal di kampung. Kalau nak masak, kebanyakan bahan ada di sekeliling rumah.

Daun pandan, bunga kantan, daun kesum, daun limau purut sehinggalah daun kari, semuanya boleh ditanam untuk kegunaan sendiri tanpa perlu membeli di kedai.

Pada masa sama dapat juga menjimatkan belanja dapur.

Patutlah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sarankan orang ramai supaya tanam sendiri sayur-sayuran di rumah sebagai langkah penjimatan.

Daun kari sering digunakan dalam masakan berutama gulai kari.

Terbaharu, daun kari dilaporkan mengalami kenaikan harga antara RM14 hingga RM18 sekilogram di pasaran.

Memetik kenyataan Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow kepada Berita Harian, dia menyarankan orang ramai untuk menanam sendiri daun kari susulan kenaikan harga bahan dapur itu.

Katanya, langkah tersebut bukan sahaja mampu mengurangkan beban kos sara hidup, malah mampu memberi alternatif yang lebih praktikal kepada pengguna jika berdepan dengan kenaikan harga berterusan.

MENARIK DIBACA: Sate kangkung viral di negara jiran, sayur dipanggang bersama sos pedas manis menggoda selera

MENARIK DIBACA: [V] Azhan Rani belajar masak demi ibu, sekarang dah pandai buat rendang ayam

"Saya mendapati pengguna terpaksa membayar harga tinggi di pasaran, sedangkan dengan menanam sendiri ia bukan sahaja menjimatkan tetapi juga mudah dan murah," katanya.

Tambahnya, dia amat terkejut semasa melakukan tinjauan apabila mendapati harga bagi segenggam daun kari atau kira-kira 100 gram dijual antara RM3 hingga RM4.

Malah ada beberapa pasar didapati menjual daun kari dengan harga lebih tinggi, sedangkan dahulu daun kari sering diberikan secara percuma kepada pelanggan jika mereka membeli kelapa.

Sehubungan itu, Subbarow menasihat pengguna untuk mula menanam sendiri daun kari yang hanya memerlukan modal sekitar RM1 sahaja serta tidak menggunakan ruang yang luas.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita terkedu mahkamah persoal anak makan 3 kali sehari, ada halia dalam resit tuntutan nafkah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Budak 11 tahun biadab menjawab disuruh bawa pinggan ke dapur, ibu dipersalahkan 'rajakan' anak lelaki

Terhangat