Kekasih pandai beli jiwa... Wanita teruja dapat hadiah buah, bukan bunga! - "Kenapa 'flawless' sangat"
BUKAN jambangan bunga menjadi idaman, sebaliknya sayur-sayuran segar sudah cukup mencuri perhatian dan menambat hati seorang wanita.
Perkongsian wanita dikenali sebagai Nuhaa di Threads baru-baru ini menjadi tular apabila dia memuat naik gambar hadiah diterima daripada teman lelakinya.
Apa yang menarik, hadiah tersebut bukanlah barangan mewah, tetapi pelbagai jenis sayur segar.
Menurut Nuhaa, teman lelaki pada mulanya meminta dia turun dari rumah untuk berjumpa tanpa mendedahkan tujuan sebenar.

"Saya suka sayur. Sayur sama dengan bunga," tulisnya ringkas, namun cukup menggambarkan betapa bermaknanya pemberian tersebut buat dirinya.
Menerusi gambar dikongsikan, kelihatan pelbagai jenis sayur pelbagai warna seperti lada benggala, tomato, terung serta aneka lada lain dijadikan hadiah sekali gus menarik perhatian ramai.
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat kesegaran sayur-sayuran tersebut.
Malah ada yang berseloroh memuji ‘kehebatan’ si teman lelaki memilih sayur yang dilihat begitu sempurna.
MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua
MENARIK DIBACA: Cuba pecah rekod dunia, Oriental Kopi sasar jual 10,000 nasi lemak dalam masa 8 jam
"Tak masalahnya kenapa 'flawless' sangat sayur-sayuran dia bagi?" soal seorang pengguna.
Tidak kurang juga berkongsi idea masakan seperti 'chicken karahi' dan gulai terung yang boleh dihasilkan daripada bahan tersebut.
"Tomatoes banyak cuba buat 'chicken karahi' masakan Pakistan 'simple' je. 'Bell peppers' buat 'skewers' atau Thai green curry sumpah sedap dan terung buat kuah gulai nasi kukus owh sedapnya.

"My mom got me a cabbage for my 20th birthday and a broccoli for my 21st. Literally the best!
"Ya Allah cantiknya sayur-sayur tu. 'Fresh' sangat.
"Masalahnya pandainya dia pilih semua cantik-cantik sayurnya," antara komen netizen.
Bagi sesetengah individu, sayur-sayuran segar mungkin kelihatan biasa, namun bagi yang menggemarinya sudah pasti ia menjadi ‘jambangan bunga’ paling istimewa.