info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

8 fakta garpu... Pernah 'ditolak' sebagai alat makan, dianggap simbol iblis

Lead Image

PADA awal kemunculannya di Eropah, penggunaan garpu pernah dipandang pelik malah dikaitkan dengan simbol iblis kerana bentuknya menyerupai trisula.

Menurut laporan media, penggunaan garpu sudah diketahui sejak zaman kuno dalam pelbagai bentuk dan tujuan.

Pada peringkat awal, alat ini lebih banyak digunakan bagi mengendalikan sajian ketika memasak atau menghidangkan hidangan, bukannya untuk menyuap makanan.

Penggunaan garpu memalui perjalanan cukup lama.

Berikut beberapa fakta menarik mengenai sejarah garpu yang mungkin ramai tidak tahu.

1. Digunakan sejak zaman kuno

Sebelum menjadi alat makan seperti dikenali hari ini, garpu digunakan oleh masyarakat zaman kuno untuk tujuan tertentu.

Bangsa Romawi, misalnya, menggunakannya untuk mengambil kerang dan mengangkat makanan dari api.

2. Puteri Byzantine memperkenalkan garpu emas pada abad ke-11

Antara kisah sering dikaitkan dengan sejarah garpu adalah penggunaan alat ini oleh salah seorang puteri diraja dari Empayar Byzantine (Empayar Rom Timur)  yang berkahwin dengan pemerintah Venice, Doge Venice.

Menurut catatan sejarah, puteri berkenaan menggunakan garpu emas bercabang dua ketika makan.

Perkara ini dianggap luar biasa oleh masyarakat setempat yang lebih terbiasa makan menggunakan tangan.

MENARIK DIBACA:Amal minum air cengkih dan bawang putih... Badan rasa ringan, lebih bertenaga

MENARIK DIBACA:Buat 'masker' guna madu, telur bantu remajakan kulit wajah

3. Bentuk garpu dikaitkan dengan simbol iblis

Salah satu perkara paling menarik dalam sejarah garpu adalah tanggapan negatif terhadap bentuknya ketika mula diperkenalkan di Eropah.

Hujung garpu bercabang dikatakan seolah trisula, senjata sering dikaitkan dengan gambaran iblis dalam tradisi Kristian.

4. Masyarakat Itali menerima penggunaan garpu

Sebelum garpu menjadi kelaziman di Eropah, masyarakat Itali antara kelompok lebih awal menerima penggunaannya ketika makan.

Alat ini dianggap praktikal untuk menikmati pasta, khususnya kerana mi licin lebih mudah diangkat dan disuap menggunakan garpu berbanding tangan.

5. Garpu dibawa ke England

Pada 1608, seorang pengembara Inggeris, Thomas Coryate memperkenalkan kebiasaan menggunakan garpu kepada masyarakat di negaranya selepas melihat amalan tersebut di Itali.

Penerimaannya tidak berlaku serta-merta.

Sebahagian masyarakat England menganggap garpu sebagai alat tidak diperlukan kerana terbiasa makan menggunakan tangan atau sudu dan pisau.

6. Garpu menjadi lambang status golongan bangsawan

Seiring perubahan masa, garpu mula mendapat tempat dalam kalangan golongan berada dan bangsawan.

Alat makan diperbuat daripada bahan mahal seperti perak turut mencerminkan kedudukan dan kekayaan pemiliknya.

Penggunaan garpu secara perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada etika makan golongan elit.

7. Raja Charles I turut dikaitkan dengan penggunaan garpu

Raja Charles I yang memerintah England dari 1625 hingga 1649 dikaitkan dengan penerimaan garpu dalam kalangan golongan diraja.

Terdapat catatan menyebut baginda menganggap penggunaan garpu sebagai sesuatu wajar, selain menghadiahkan peralatan makan perak kepada anak-anaknya pada 1633.

Kegunaan garpu mula dipelbagaikan mengikut keperluan.

8. Garpu khas untuk pelbagai jenis makanan

Perkembangan industri peralatan makan akhirnya melahirkan pelbagai jenis garpu direka khusus mengikut kegunaan.

Antaranya termasuk garpu untuk menikmati udang kara, siput, salad dan pencuci mulut seperti ais krim.

Setiap reka bentuk mempunyai bentuk dan saiz tersendiri bagi memudahkan proses mengambil atau menyuap makanan.

Daripada alat pernah dianggap pelik dan tidak diperlukan, garpu akhirnya menjadi antara peralatan penting dalam budaya makan moden.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Anak Malaysia diiktiraf 5 jurufoto makanan terbaik dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Makanan viral, pernah buat ramai FOMO! Kini 'sepi' ibarat lenyap dari bumi

Terhangat