info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Bosan sarapan sama? Cuba 'scrambled oat' pula - “Suami puji makin kurus”

Lead Image

JIKA selama ini bijirin dimasak menjadi bubur atau dicampur susu, apa kata cuba pula resipi 'scrambled oat'.

Seorang pengguna Threads berkongsi resipi sarapan berasaskan oat yang menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah ditemui di dapur.

Menurutnya, dia mengamalkan hidangan tersebut sebagai sarapan dan mendakwa suaminya turut memuji perubahan pada penampilannya.

“Sejak saya konsisten makan 'scrambled oat' ini hari-hari, suami saya puji saya makin nampak kurus,” tulisnya.

Menariknya, resipi ini tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam kuali sahaja. 

Lengkapkan oat hancur dengan Greek yogurt, strawberi dan bluberi.

Bahan-bahan 

  • 1 biji pisang 
  • 1 biji telur 
  • Secubit serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan oat 
  • 1 sudu besar Greek yogurt 
  • Strawberi (potong)
  • Bluberi (potong)

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Langkah penyediaan 

  1. Mula-mula lenyek pisang dikupas kulitnya dalam satu mangkuk.Kemudian pecahkan telur dan tambah serbuk kayu manis.
  2. Tambah oat dan gaul sebati semua bahan.
  3. Panaskan kuali, tuang bahan-bahan tadi dan sekatakan. Tunggu sehingga sedikit garing dan alih. Pecah-pecahkan oat dan tutup api.
  4. Dalam satu mangkuk, tambah Greek yogurt, oat dan buah pilihan.
  5. Sedia untuk dinikmati!

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Buat sendiri mayonis guna telur rebus, tak sangka sangat mudah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Ramai 'menekan-nekan' minta resipi, wanita kongsi cara buat sos ala Kewpie!

Terhangat