info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Ban gebu, krim kastard meleleh cuma masak guna kuali... Senang, sesiapa pun boleh buat

Lead Image

SESETENGAH orang mengelak untuk membuat sendiri roti kastard kerana menyangka resipinya sukar dan memerlukan ketuhar.

Bagaimanapun siapa sangka, hanya dengan menggunakan kuali di atas dapur sajian ban krim kastad yang lembut, gebu dengan inti kastard meleleh boleh disediakan.

Resipi perkongsian @rachunyou, ini menjadi perhatian ramai kerana caranya yang ringkas dan menggunakan bahan-bahan mudah didapati.

"Aku tak faham kenapa baru sekarang jumpa resipi ni, tak payah 'oven' weh, atas pan je dah gebu siap meleleh inti," tulisnya.

Jika anda tiada ketuhar di rumah atau baru mahu belajar membuat roti, resipi ini memang sesuai untuk dicuba.

Resipi ini langsung tidak menggunakan ketuhar,

Bahan-Bahan

Bahan doh

  • 200g tepung tinggi protein/tepung roti
  • 155g yogurt kosong
  • 2g yis kering
  • 2g garam

Bahan inti kastard

  • 1 biji telur
  • 10g susu tepung
  • 25g gula
  • 30g susu segar
  • 25g tepung jagung
  • 200g yogurt kosong

MENARIK DIBACA: Tart ubi keledek berkrim keju, sekali gigit lembut cair di mulut

MENARIK DIBACA: [V] Kek coklat mochi guna tepung pulut hasilkan tekstur 'chewy', puas makan!

Penyediaan

  1. Campur semua bahan doh dan uli sehingga tiada tepung kering yang tinggal.
  2. Tutup doh dengan 'plastic wrap' dan perap pada suhu bilik selama lebih kurang 1 jam (sehingga doh naik 2 kali ganda).
  3. Masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kacau hingga sebati terlebih dahulu sebelum hidupkan api.
  4. Masak di atas api kecil hingga sederhana. Kacau tanpa henti sehingga adunan pekat dan berketul halus. Tutup api, kemudian teruskan mengacau menggunakan baki haba sehingga teksturnya menjadi licin.
  5. Tutup permukaan inti dengan 'plastic wrap' (sehingga menyentuh permukaan inti) dan sejukkan di dalam peti ais.
  6. Ambil doh yang telah naik, bahagikan kepada enam bahagian. Tutup dan rehatkan lagi selama 15 minit.
  7. Leperkan satu doh, masukkan inti kastad, kemudian tutup rapat seperti membuat pau. Kemaskan dan leperkan sedikit.
  8. Susun di dalam pan/kuali tanpa minyak, tutup penutup kuali, dan masak di atas api yang paling kecil.
  9. Masak setiap bahagian selama lebih kurang 7–8 minit. Terbalikkan dan masak sehingga kedua-dua belah permukaan garing dan keemasan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Timun sejuk, rangup inti protein enak... Snek sedap untuk diet, sukar nak tolak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Muak dengan menu telur rebus ketika diet? Cuba campur tuna dan yogurt, pasti berselera

Terhangat