[V] Tak payah ikat perut sebab nak kurus, kerabu campur menu diet seimbang tapi mengeyangkan!

DEMI nak mendapatkan tubuh idaman, ramai sanggup ikat perut dengan mengamalkan diet ketat dan ekstrem.
Biar berlapar asalkan kurus, tapi ramai pula mengabaikan risiko terpaksa ditanggung disebabkan cara diet yang salah.
Bukan tak boleh diet tapi biarlah dengan cara yang betul dan bukannya dengan ikat perut. Nanti kurusnya tidak, penyakit pula bersarang.
Apa kata buat permulaan ini, jom cuba resipi kerabu campur yang bukan sahaja sihat dan seimbang. Paling penting tak payah berlapar dan memang sedap.
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 1 biji timun
- 2 biji tomato
- 1 tangkai cili merah
- 1 biji bawang besar
- 1 tangkai bunga kantan
- 5 tangkai kacang panjang
Bahan B:
- 2 sudu besar udang kering
- 1 inci belacan (dibakar)
- 1 sudu besar kerisik
- 1 biji limau nipis
- Garam
- Gula
- Perasa
Langkah penyediaan:
1. Hiris separa halus atau potong dadu kesemua bahan A dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
2. Tumbuk 2 sudu besar udang kering bersama belacan yang telah dibakar sehingga lumat.
3. Masukkan 1 sudu besar makan kerisik, garam, gula dan perasa secukup rasa.
4. Perah sebiji limau nipis dan gaulkan sehingga semua bahan sebati.
5. Sedia untuk dihidangkan. Terpulang sama ada dimakan begitu saja atau dinikmati bersama nasi.