Tak ada bunga kantan nak masak asam pedas? Mak-mak boleh guna bahan ini sebagai pengganti

ASAM pedas memang antara menu kegemaran rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan masyarakat di Selatan tanah air.
Sebenarnya ramai juga tidak tahu yang memasak juadah ini juga banyak teknik dengan penggunaan pelbagai bahan berbeza mengikut negeri.
Kalau tidak ada daun kesum dan bunga kantan yang menjadi 'nadi' asam pedas pun tidak mengapa. Ada cara lain untuk menyediakan sajian tersebut.

Paling penting hendak memasak asam pedas, bahan-bahannya kena ditumis sehingga betul-betul sampai pecah minyak.
Nak tambah sedap, halia kena bagi lebih baru asam pedas akan rasa lebih sedap.
Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Asam Pedas Ayam. Selamat mencuba!
MENARIK DIBACA: [V] ‘Port’ makan wajib di Ipoh, Miker Food destinasi pilihan kaki ‘food hunting’
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!
Bahan-bahan:
- Ayam
- Bawang merah (dikisar)
- Bawang putih (dikisar)
- Halia (dikisar)
- Cili kering (dikisar)
- Lengkuas
- Serai
- Serbuk kunyit
- Sedikit belacan
- Serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Air asam jawa
- Kerisik
- Daun limau purut
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Tomato
- Bendi
Langkah penyediaan:
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang merah, halia, cili, lengkuas, serai, serbuk kunyit dan sedikit belacan sehingga pecah minyak.
- Kemudian tambahkan air secukupnya dan masukkan kerisik.
- Selepas mendidih, masukkan daun kesum, daun limau purut, bunga kantan dan gaul rata. Jika tiada bahan-bahan ini, memadai menggunakan serai.
- Gaul sehingga sebati sehingga masak dan masukkan tomato dan bendi. Siap dihidangkan.