KUALI | Minuman

Rasanya menyegarkan, teh O longan rahsia ‘boost’ tenaga sepanjang hari 

Lead Image

BOSAN minum air teh ‘o’ ais biasa, apa kata cuba teh O longan pula?

Rasanya ringan, manis beraroma dan sangat menyegarkan tekak, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Menerusi resipi dikongsikan @Kakasiah_, minuman ini cukup sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga kerana gabungan teh dan longan bukan saja sedap, malah ada manfaat kesihatan.

Longan menambahkan lagi khasiat dalam minuman.

Longan kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun badan serta memberi ‘boost’ untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

Malah, sirapnya pula menambah rasa manis semula jadi tanpa perlu menggunakan gula.

Berikut resipi teh o longan yang anda boleh cuba di rumah:

MENARIK DIBACA: Ledakan rasa tropika, oren nanas sparkling penyegar tekak

MENARIK DIBACA: [V] Resipi matcha latte blueberry senang betul, campur chia seed lagi best

Bahan-bahan

  • 1 tin longan
  • 2 sachet teh
  • Gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara penyediaan

  1. Rendam atau rebus teh dalam air panas sehingga warna dan aromanya keluar sepenuhnya.
  2. Tuang buah longan bersama air sirapnya ke dalam satu jug.
  3. Masukkan larutan teh yang telah siap dan tambahkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini.
  4. Tambah ais untuk hidangan sejuk atau hidangkan terus untuk versi panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Kombinasi buah-buahan, susu strawberi dan soda menggoda selera... Ini resipi hwachae 'desert' popular Korea

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Resipi Lychee Rose Sparkling Kak Salmah rasa premium, siap dalam 5 minit

Terhangat