Resipi Lychee Rose Sparkling Kak Salmah rasa premium, siap dalam 5 minit
RINGKAS tapi kaya letusan rasa, Lychee Rose Sparkling bukan sahaja enak, malah cantik dipandang.
Resipi dikongsikan Kak Salmah di TikTok ini mudah sahaja hanya menggunakan buah laici dan air laici dalam tin, namun gabungan manisnya cukup untuk membuka selera sesiapa mencuba.
Ditambah dengan soda menyegarkan, haruman ros lembut serta daun pudina sebagai pelengkap hiasan, minuman sejuk ini memberi rasa mewah tanpa perlu banyak usaha.
Minuman sejuk ini juga sesuai disajikan untuk tetamu atau dinikmati pada hari panas bersama keluarga.
Jom cuba rasai sendiri kesegaran minuman lima minit boleh siap ini!
Bahan-bahan
- 1/2 cawan air laici dalam tin (ambil buah dan air)
- 1 sudu besar sirap ros
- 1/2 sudu besar jus lemon
- 150 ml air soda (Sparkling water / sprite)
- Ais secukupnya
- Kelopak ros segar (hiasan)
- Pudina (hiasan)
MENARIK DIBACA: Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan
MENARIK DIBACA: Rasa dan keharuman teh buah pelaga menenangkan, jom belajar cara membuatnya
Cara penyediaan
- Masukkan ais dan buah laici dalam gelas kaca tinggi.
- Tuang air laici, sirap ros dan jus lemon.
- Perlahan-lahan, tambah air soda.
- Kacau sebati semua bahan, hias dengan kelopak ros dan daun pudina sebagai penyeri minuman.
- Sedia untuk dinikmati!