KUALI | Tip & Trik

Jangan terus goreng, makanan frozen pun perlu ‘me time’

Lead Image

DATANG hari yang malas dan serba tergesa, kita sudah semestinya akan jenguk peti sejuk mencari sesuatu yang cepat, mudah dan mengenyangkan.

Di sinilah makanan frozen muncul sebagai penyelamat bagi mengisi perut yang lapar.

Walaupun mudah dan cepat, memasak masakan sejuk beku sebenarnya memerlukan perhatian dan teknik yang betul agar rasa, tekstur serta khasiatnya kekal terpelihara.

Terlalu cepat menggoreng tanpa menyahbekukan ia boleh menyebbkan makanan dimasak tidak sekata, luaran mudah hangus namun isinya mentah.

Makanan frozen seperti ayam goreng memang menjadi pilihan kerana sudah diperap dan sedia untuk digoreng.

Paling membimbangkan ia boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak dimasak dengan betul.

Penting memahami cara memasak makanan sejuk beku dengan selamat agar setiap suapan bukan sahaja kena dengan selera tetapi mengekalkan nilai nutrisi dan keaslian rasa.

Seorang cef dari Indonesia berkongsi beberapa petua mudah menjadikan makanan sejuk beku itu boleh dihidang dengan penuh kehangatan dan nikmat.

Berikut antara beberapa petua mudah yang boleh dicuba:

Teknik penyediaan makanan penting untuk memastikan rasa sosej yang dimasak tetap konsisten.

1. Jangan goreng makanan terus dari peti ais

Antara kesalahan yang biasa dilakukan ialah menggoreng terus makanan beku yang baru dikeluarkan dari peti ais.

Meskipun nampak mudah dan cepat, ia boleh menyebabkan makanan masak tidak sekata menyebabkan bahagian luar terlalu garing, manakala bahagian dalam masih sejuk atau mentah.

Cara terbaik ialah membiarkan makanan tersebut berada pada suhu bilik selama 10-15 minit sebelum dimasak. 

MENARIK DIBACA: [V] ‘Port’ makan wajib di Ipoh, Miker Food destinasi pilihan kaki ‘food hunting’

MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

Jika anda benar-benar kesuntukan masa, alternatif terbaik adalah merendam makanan tersebut di dalam air bilik bersuhu, tetapi pastikan ia dibungkus rapi atau diletakkan dalam bekas kedap air. 

Teknik ini membantu mencairkan ais dengan lebih cepat tanpa menjejaskan rasa atau tekstur makanan.

Kaedah pencairan yang betul bukan sahaja membantu makanan dimasak dengan sempurna, tetapi juga mengekalkan kelembutan dan rasa asli terutamanya makanan seperti ayam, ikan atau nugget.

Biarkan daging beku pada suhu bilik seketika supaya masak sekata dan rasa kekal sedap.

2. Simpan lebihan makanan dalam bekas kedap udara

Selepas membuka bungkusan makanan, ramai antara kita yang hanya ‘lipat dan ikat’ bungkusan plastik sebelum menyimpannya semula dalam peti sejuk. 

Walaupun nampak mudah, tabiat ini sebenarnya boleh menjejaskan rasa makanan dan mempercepatkan proses pencemaran mikroorganisma.

Sebaliknya, pindahkan lebihan makanan ke dalam bekas kedap udara. 

Perkara ini bukan sahaja mengelakkan bau makanan lain menyerap ke dalamnya, malah membantu mengekalkan kelembapan semula jadi makanan.

Cara penyimpanan ini dapat mengelakkan berlakunya 'freezer burn', iaitu lapisan ais yang terbentuk pada permukaan makanan dan menyebabkan tekstur menjadi liat serta rasanya hambar. 

Ingat, makanan yang dibekukan tidak bermaksud ia boleh disimpan selama-lamanya, jadi pastikan anda menggunakan makanan beku dalam tempoh 1 hingga 2 bulan selepas dibuka untuk mengekalkan rasa dan kualiti terbaik.

Simpan lebihan makanan dalam bekas kedap udara untuk kekal segar dan elak bau bercampur.

3. Tambahkan perasa untuk citarasa lebih menarik

Kebanyakan produk sejuk beku seperti ayam goreng, nugget atau sosej sudah diperap atau diperasakan.

Namun, tidak bermakna anda tidak boleh menambah sentuhan tersendiri.

Jika anda gemar mencuba sesuatu yang baharu, makanan sejuk beku boleh menjadi permulaan kepada pelbagai menu menarik.

Contohnya, ayam goreng beku boleh diolah menjadi ayam geprek pedas hanya dengan menumbuk ayam yang telah digoreng bersama sambal cili segar buatan sendiri. 

Makanan frozen bukan sekadar goreng dan siap malah boleh diolah menjadi menu menarik seperti ayam geprek pedas padu.

Anda juga boleh mencuba resipi seperti ayam sambal, ayam berempah kunyit atau sosej panggang sos madu dan bawang putih.

Gunakan bahan perasa tempatan seperti serai, daun limau purut, cili padi atau halia untuk menambah aroma yang segar dan menggoda.

Selain mempelbagaikan menu harian, teknik ini juga membantu memperkenalkan rasa autentik dalam hidangan ringkas.

Makanan sejuk beku tidak perlu menjadi pilihan terakhir atau ‘emergency food’ semata-mata.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Elak masuk tong sampah, ikut langkah-langkah ini agar bahan basah tahan lama dalam peti sejuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

[V] Bau hanyir ‘potong’ selera makan! Ini petua cuci ikan guna 3 bahan

Terhangat