Sajian Nostalgia persis air tangan ibu di Amaya Food Gallery, Amari Kuala Lumpur
HAYATI semangat Ramadan bersama Sajian Nostalgia Ramadan Buffet di Amari Kuala Lumpur menerusi pilihan sajian tradisional Melayu berinspirasikan kenangan indah dan cita rasa malar segar.
Bertemakan Sajian Nostalgia, hidangan diketengahkan cukup menyelerakan dan penuh kenangan, lebih lagi jika berkumpul menikmati sajian bufet bersama yang tersayang.
Hidangan istimewa daripada Chef, Sup Tulang Rawan, kekal menjadi tarikan utama bufet kali ini.
Terkenal dengan sumsum tulang yang kaya rasa, sup ini menampilkan aroma harum tulang lembu yang direneh dalam kuah merah berempah, memberikan pengalaman rasa yang begitu memuaskan.
Tidak kurang menarik, ada juga hidangan klasik seperti Ayam Panggang Percik, Ikan Goreng bersama Salad Mangga Thai, Lala Goreng Pes Tom Yum dan Serai serta banyak lagi.
Lokasi: Amaya Food Gallery, Amari Kuala Lumpur
Harga: RM168 (Dewasa) / RM100 (Kanak-kanak dan Warga emas)
Tempoh: 23 Februari hingga 15 Mac 2026
Tempahan: +603 2330 5800
TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI
