KUALI | Video

Iftar sajian autentik Melayu di Ideas Kuala Lumpur dengan 120 hidangan menanti anda!

BIASANYA pada bulan Ramadan, menu yang paling dicari-cari dan paling laris tentulah sajian Melayu yang menjadi kegemaran ramai, lebih-lebih lagi hidangan kaya dengan citarasa asli tanah air.

Menariknya di Ideas Kuala Lumpur, tetamu bakal dihidangkan lebih 120 jenis hidangan yang dipilih rapi untuk meraikan kekayaan rasa masakan Melayu, menerusi konsep 'Ramadhan Mega Food Fest 2026'.

Pelbagai hidangan Melayu dan tempatan autentik ditawarkan termasuklah masak lemak cili api dalam pelbagai versi unik, rendang itik, asam pedas ekor lembu serta sambal udang petai tempoyak.

Paling puas hati ada juga sup gear box hasil sentuhan cef-cef berpengalaman!

Bukan setakat itu, buffet ini dilengkapi dengan stesen istimewa seperti gerai durian, mega loklok steamboat, mega BBQ grill dan pasembor utara menjadikan sambutan Ramadan lebih meriah dan mewah.

Harga tempahan awal buffet ini ialah RM125+ seorang dewasa, sah sehingga 22 Februari 2026.

Harga biasa bagi tempoh 23 Februari hingga 19 Mac 2026 adalah RM158+ seorang dewasa, RM79+ seorang kanak-kanak dan RM90+ seorang warga emas.

Menjelang hari-hari terakhir Ramadan, tetamu berpeluang menikmati Durian Runtuh Specials dari 17 hingga 19 Mac 2026, pada harga RM100+ seorang dewasa dan RM50–RM80+ untuk kanak-kanak serta warga emas.

Lokasi: Batu Road Ballroom & Poolside Bistro, IDEAS Kuala Lumpur, 12, Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Sekitar 6.30 petang hingga 10.00 malam

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular