info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Tak lalu makan ketika sakit? Ini 6 makanan saranan sesuai gejala

Lead Image

APABILA badan rasa tidak selesa kerana masalah kesihatan, kesan pertamanya ialah perubahan selera makan. 

Hidung tersumbat, tekak rasa tidak selesa, badan lesu atau perut meragam boleh menyebabkan seseorang hilang selera untuk menjamah makanan.

Ketika tubuh sedang melawan jangkitan atau mengalami masalah kesihatan, pengambilan makanan dan minuman yang sesuai tetap penting untuk membantu membekalkan tenaga serta mengekalkan hidrasi.

Tidak semestinya perlu makan dalam kuantiti banyak tetapi pilih makanan yang mudah dihadam, lembut dan sesuai dengan keadaan badan.

Berikut beberapa pilihan makanan dan minuman yang boleh dicuba ketika mengalami masalah kesihatan tertentu.

Sup ayam antara pilihan sesuai ketika mengalami selsema.

1. Selesema – Sup ayam

Ketika mengalami selesema, hidung mungkin tersumbat dan tekak kurang selesa. 

Sup ayam yang dihidangkan semasa suam boleh menjadi pilihan makanan menyenangkan.

Kuah sup membantu menambah pengambilan cecair manakala ayam membekalkan protein yang diperlukan oleh tubuh. 

Tambahan sayur sayuran seperti lobak merah dan kentang juga boleh menjadikan sup lebih berkhasiat.

2. Demam – Air kelapa

Ketika demam, badan boleh kehilangan lebih banyak cecair akibat peningkatan suhu badan dan berpeluh. 

Justeru memastikan tubuh mendapat air yang mencukupi sangat penting.

Air kelapa mengandungi elektrolit seperti kalium membantu menggantikan sebahagian mineral yang hilang. 

Perlu diingatkan, air kosong tetap menjadi pilihan utama untuk memastikan badan kekal hidrat.

Air suam bersama madu dan lemon boleh membantu melegakan batuk

3. Batuk – Air suam, madu dan lemon

Batuk boleh menyebabkan tekak gatal, kering dan tidak selesa. 

Salah satu pilihan yang boleh dicuba ialah campuran air suam bersama madu dan sedikit perahan lemon.

Madu mempunyai sifat yang boleh membantu melegakan batuk khususnya batuk pada waktu malam. 

Lemon pula memberikan rasa segar dan mengandungi vitamin C.

Campurkan satu sudu kecil madu bersama sedikit perahan lemon ke dalam secawan air suam.

4. Sakit perut – Pisang

Apabila perut terasa tidak selesa, makanan mudah dihadam merupakan pilihan yang terbaik. 

Pisang antara buah yang sesuai kerana teksturnya lembut dan mudah dimakan.

Pisang juga mengandungi kalium dan karbohidrat yang membantu membekalkan tenaga. 

Jika mengalami sakit perut bersama cirit-birit, pisang boleh menjadi sebahagian daripada pilihan makanan lembut yang sesuai untuk perut.

Air kelapa membantu menggantikan sebahagian elektrolit yang hilang ketika demam.

5. Sembelit – Betik

Sekiranya sukar membuang air besar atau mengalami sembelit, pengambilan buah-buahan yang kaya dengan serat boleh membantu melancarkan sistem penghadaman.

Betik mengandungi serat dan air membantu melembutkan najis serta menyokong pergerakan usus. 

Amalkan pengambilan betik bersama air kosong yang mencukupi untuk membantu mengurangkan masalah sembelit.

6. Cirit-birit – Nasi putih dan yogurt kosong

Apabila mengalami cirit-birit, tubuh kehilangan banyak air dan elektrolit. 

Dalam keadaan ini, makanan mudah dihadam seperti nasi putih boleh menjadi pilihan untuk membekalkan tenaga.

Yogurt kosong pula mengandungi bakteria baik yang boleh membantu menyokong keseimbangan bakteria dalam usus.

Tidak semua orang sesuai mengambil produk tenusu ketika cirit-birit.

Jika simptom bertambah teruk selepas mengambil yogurt hentikan dahulu.

Paling penting, minum larutan rehidrasi oral (ORS) untuk menggantikan air dan elektrolit yang hilang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Lauk simpan lama dalam peti sejuk punca kanser hati? Pakar perjelas fakta

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Terkejut wajah ditegur berseri lepas 3-4 kali minum jus saderi, epal dan lobak merah

Terhangat