info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Jenis-jenis makanan dan tempoh pencernaan dalam sistem usus, tembikai paling cepat diproses

Lead Image

PERNAH dengar tak orang tua-tua selalu pesan jangan sesekali telan gula-gula getah?

Ramai yang menganggap ia sekadar mitos untuk menakut-nakutkan budak-budak, namun sebenarnya ada sebab di sebalik nasihat itu.

Gula-gula getah mengambil masa lebih lama untuk melalui proses pencernaan berbanding makanan lain, iaitu sekitar 40 jam sebelum disingkirkan daripada badan.

Tembikai terdiri dariapad 90 peratus air yang mempercepatkan proses pencernaan.

Bukan gula-gula getah sahaja, setiap makanan yang kita makan juga mempunyai tempoh berbeza ketika diproses dalam perut.

Makanan yang tinggi kandungan air seperti tembikai boleh bergerak ke usus kecil lebih cepat, berbanding makanan tinggi protein, lemak dan serat.

Jadi tak hairanlah kalau rasa cepat lapar selepas makan buah. Perkara ini normal memandangkan makanan tersebut cepat meninggalkan usus untuk dicernakan.

Menurut perkongsian @factsdaily Berikut ialah anggaran tempoh pengosongan perut (gastric emptying) mengikut jenis makanan.

MENARIK DIBACA: Tambah bunga kantan, sambal ayam biasa-biasa bertukar sedap lain macam!

MENARIK DIBACA: 'Ketepikan' teh hijau, teh bunga raya paling kaya antioksidan - Kajian

1. Tembikai - 20 minit

Tembikai mengandungi lebih 90 peratus air, menyebabkan ia antara makanan yang paling cepat dicernakan.

2. Pisang, oren dan timun – 30 minit

Buah-buahan serta sayuran yang kaya air ini juga mudah dihadam dan tidak membebankan sistem pencernaan.

3. Epal, brokoli dan limau – 40 minit

Walaupun mengandungi serat, makanan ini masih boleh dicerna dalam tempoh yang agak singkat.

4. Ikan dan salmon – 45 minit

Protein daripada ikan lebih mudah dihadam berbanding daging merah kerana struktur proteinnya lebih lembut.

5. Nasi, roti dan ubi keledek – 1 jam

Karbohidrat kompleks memerlukan sedikit masa untuk dipecahkan menjadi glukosa sebelum diserap oleh badan.

Makanan yang mengandungi protein, serat dan lemak mengambil masa lebih lama untuk dicernakan.

6.  Pasta dan oat – 2 jam

Kandungan kanji serta serat menyebabkan makanan ini mengambil masa lebih lama berbanding nasi putih.

7. Avokado – 2 jam

Walaupun kaya dengan lemak sihat, lemak tetap memerlukan tempoh pencernaan yang lebih panjang.

8. Kekacang dan telur – 2 hingga 3 jam

Serat dan protein yang tinggi menjadikan kekacang mengambil masa lebih lama untuk dihadam.

9. Telur – 2.5 jam

Protein dan lemak dalam telur menyebabkan proses pengosongan perut menjadi sedikit perlahan.

10.  Ayam, keju dan stik – 3.5 jam

Makanan tinggi protein, terutama yang turut mengandungi lemak seperti keju dan daging merah, memerlukan tempoh paling lama untuk meninggalkan perut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Minyak paket murah tapi ramai risau kualiti, risiko kesihatan... Pengguna perlu tahu fakta ini!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Makanan dihurung semut masih boleh dimakan? Ini penjelasan sudut Islam dan kesihatan

Terhangat