info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Tak perlu berhenti makan nasi pun untuk kurus, kawal paras gula... Tapi kena ikut 5 tip mudah ini

Lead Image

MASALAH berat badan meningkat, cepat lapar dan kerap mengidam manis sering dikaitkan dengan kurang disiplin dalam amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan.

Dari sudut perubatan, keadaan ini banyak berkait rapat dengan hormon penting dalam badan iaitu insulin yang berperanan mengawal paras gula dalam darah serta penyimpanan lemak.

Menurut perkongsian seorang pelajar perubatan di laman Threads, terdapat cara mudah untuk mengawal spike (lonjakan gula) dalam darah tanpa perlu berhenti makan nasi atau mengamalkan diet ekstrem.

Ini 5 cara yang jarang-jarang diamalkan tetapi memberi kesan besar:

Cara yang betul adalah memulakan dengan protein bukannya karbohidrat.

1. Mulakan dengan protein

Ramai yang terus makan nasi atau roti terlebih dahulu sedangkan itu bukan pilihan terbaik.

Jika mulakan dengan protein, proses pencernaan menjadi lebih perlahan. 

Ini membantu gula daripada karbohidrat diserap secara berperingkat.

Hasilnya tidak berlaku sugar rush dan tiada crash yang menyebabkan seseorang itu cepat lapar semula.

Sayuran sangat penting kerana ia pelindung semula jadi bahan untuk tubuh badan.

2. Jangan skip sayur

Serat daripada sayur membentuk lapisan seperti gel dalam usus.

Lapisan ini bertindak memperlahankan penyerapan gula dalam darah. 

MENARIK DIBACA:  Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua

MENARIK DIBACA: Bekas cef peribadi dedah diet, menu harian Ronaldo! Sukar orang biasa nak ikut

Pada masa yang sama, ia menyokong kesihatan mikrobiom usus yang penting untuk metabolisme dan kesihatan keseluruhan.

Pengambilan lemak sihat membantu perut berasa lebih kenyang.

3. Lemak sihat

Contohnya seperti avokado, minyak zaitun dan kekacang.

Lemak sihat membantu anda rasa kenyang lebih lama. 

Apabila rasa kenyang stabil, keinginan untuk makanan manis juga akan berkurang.

Berjalan selama 10 minit selepas makan membantu menurunkan paras gula.

4. Jalan 10 minit

Walaupun nampak ringkas, ini antara cara paling berkesan.

Apabila anda berjalan, otot akan menggunakan gula dalam darah sebagai sumber tenaga. 

Ini membantu menurunkan paras gula sebelum ia meningkat secara mendadak.

Tak perlu senaman berat, cukup berjalan santai selama 10 minit selepas makan.

Satu sudu cuka yang diambil sebelum makan membantu penyerapan gula dengan baik.

5. Cuka sebelum makan

Walaupun kedengaran pelik, pengambilan satu sudu cuka sebelum makan boleh membantu mengurangkan lonjakan gula dan insulin.

Ia membantu badan mengawal penyerapan gula dengan lebih baik.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Wanita 30-an risau wajah mula nampak tua, 'berdesup' netizen kongsi tip pemakanan elak kulit berkedut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Makan budu punca kanser? Pakar dedah kenapa perlu letak limau, bawang dan cili

Terhangat