Fazley bidas ‘owner’ restoran suka malukan peniaga lain - “Orang macam ni rezeki sempit, hati susah nak cuci”
TINDAKAN pemilik kedai makan mengkritik menu atau masakan restoran lain secara terbuka mengundang perhatian cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.
Menerusi hantaran di Threads, Fazley meluahkan pandangannya mengenai sikap sebegitu yang dirasakan tidak wajar.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak secara khusus, beliau menyindir sikap individu tertentu yang seolah-olah mahu menunjukkan diri sebagai pengkritik makanan berpengetahuan dan berpengalaman sehingga sanggup memperlekehkan perniagaan orang lain.

“Kurang faham bila 'owner restaurant' jenis suka malukan 'restaurant-restaurant' lain kononnya terpaling 'Machelin (MICHELIN) Star food critique from Paris'!
“Orang macam ni rezeki sempit dan hati susah nak cuci walaupun direndam dalam cuka beras atau tuak pekat!
“Makanan bukan untuk dihina dan diberi kritikan tanpa rasa hormat. Sedap tak sedap tu subjektif. Rezeki tetap rezeki walaupun rasa serai tu tak 'kick'!” kongsinya.
Dalam satu lagi hantaran, Fazley turut menjelaskan bahawa ejaan ‘Machelin’ digunakan dalam perkongsiannya memang disengajakan, dipercayai sebagai sindiran bersahaja menerusi ungkapan popular ‘iykyk’ bermaksud ‘jika anda tahu, anda tahu’.
MENARIK DIBACA: Nasi Kandar Saddam nafi dakwaan terima bekalan ayam daripada pembekal tular
MENARIK DIBACA: Perlu teliti ketika membeli... Ini cara bezakan ciri ayam bangkai, disembelih ikut syarak
Pada Sabtu, seorang pemilik restoran didakwa menggunakan gambar menu Rembayung milik Khairul Aming, tanpa kebenaran.
Isu ini turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai, khususnya mengenai kepentingan menghormati hasil kerja pihak lain dalam industri makanan serta cara teguran dan kritikan disampaikan kepada khalayak.
“Ingatkan saya je baca macam ‘over’ dia kritik, rupanya Datuk yang Master Chef pun rasa begitu.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Apatah lagi mengambil hasil titik peluh orang lain. Akaun dah ‘diprivate’ tak perlulah dicari lagi. Biarlah tindakan dan undang-undang menentukan selebihnya.
“‘Your comment wins this time’ Datuk,” komen netizen.
Isu ini menjadi peringatan bahawa kritikan terhadap makanan dan perniagaan wajar disampaikan secara berhemah tanpa mengetepikan rasa hormat terhadap usaha serta hasil kerja pihak lain.
