info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Wanita dakwa pelanggan selamba minum alkohol di kedai nasi lemak

Lead Image

MALAYSIA sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang rakyatnya memiliki kepelbagaian bangsa dan agama.

Sebagai sebuah negara 'multicultural', sikap saling hormat menghormati serta menjaga sensitiviti sesama individu menjadi kunci dalam mewujudkan negara aman dan makmur.

Tular di media sosial seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa melihat beberapa individu minum minuman keras secara terbuka di sebuah restoran terkenal dengan sajian nasi lemak di Selangor.

Komen salah seorang pengguna media sosial yang tidak bersetuju perkara tersebut berlaku.

Menerusi hantaran yang dikongsikan, wanita itu bukan sahaja mempersoalkan tindakan pelanggan membawa masuk minuman beralkohol, tetapi turut mempertikaikan tindakan staf restoran yang didakwa hanya mengambil tindakan selepas perkara itu ditegur olehnya.

"Saya sangat kecewa. Serius, macam mana pelayan boleh mengabaikan orang yang minum alkohol secara terbuka di sini? Orang itu duduk betul-betul di sebelah saya yang memakai hijab.

"Mereka hanya mengambil tindakan selepas kami bertanya kepada salah seorang pelayan, 'Adakah orang boleh minum alkohol di sini?' Tolong perbaiki perkara ini kerana saya sangat sukakan nasi lemak anda," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan

MENARIK DIBACA: Jangan tunggu dah rabun baru nak bertindak, amal terung pipit jaga kesihatan mata

Dalam satu hantaran berbeza, wanita itu menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi pandangan sebagai pelanggan yang tidak selesa dengan situasi tersebut dan bukan berniat mencetuskan kontroversi.

"Saya tak sangka hantaran ini akan mendapat perhatian ramai. Ini hanyalah pandangan saya sebagai pelanggan yang tidak selesa dengan keadaan itu, lebih-lebih lagi individu yang minum bir tersebut duduk betul-betul di sebelah saya.

"Kalau memang dibenarkan membawa masuk bir ke restoran itu, saya sendiri tidak akan makan di situ. 

"Perkongsian ini sekadar peringatan dan meningkatkan kesedaran bahawa setiap pemilik restoran perlu lebih peka kerana alkohol tidak sepatutnya dibenarkan di restoran milik orang Islam atau restoran yang mempunyai status halal. Itu sahaja," katanya.

"Kalau memang dibenarkan membawa masuk bir ke restoran itu, saya sendiri tidak akan makan di situ.

PELANGGAN

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata bersetuju dengan isu yang diketengahkan.

Malah, ramai pengguna bukan Islam turut menyokong bahawa perkara tersebut tidak seharusnya berlaku untuk menjaga sensitiviti pelanggan Muslim.

"Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi di restoran yang memiliki status halal. Mereka seharusnya menghormati pelanggan lain beragama Islam.

"Saya bukan Muslim, tapi saya masih menghormati penganut agama lain.

"Aku rasa dia bukan orang Malaysia. Mana ada orang minum alkohol sambil makan nasi lemak," komen beberapa pengguna media sosial.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Perlahan-lahan hilang di pasaran, ini sebenarnya berlaku kepada sos 'legend' Aminah Hassan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Biskut coklat popular dipercayai tak halal, pewarna berasal dari kumbang cochineal

Terhangat