KUALI | Viral

Letak halia dalam nasi lemak jadi perdebatan, hakikatnya memang resipi autentik zaman nenek moyang

Lead Image

SEIRING peredaran zaman, nasi lemak turut melalui evolusi rasa apabila pelbagai resipi dan cara masakan moden diperkenalkan termasuklah penggunaan beras basmathi, pewarna hijau serta bahan tambahan lain yang dirasakan mampu memberikan kelainan.

Bagaimanapun, berlaku perdebatan dalam kalangan warganet mengenai penggunaan halia dalam nasi lemak selepas seorang pengguna Threads, Melisa Lisa Lisa berkongsi pandangannya mengenai resipi asli hidangan berkenaan.

Menurut wanita itu, penggunaan halia sebagai salah satu bahan dalam nasi lemak sebenarnya bukan sesuatu yang pelik atau baharu sebaliknya ia sudah lama diamalkan oleh generasi terdahulu.

"Basic nasi lemak orang dulu-dulu adalah halia, mai kot mana ada orang kata halia tu pelik padahal itulah 'basic' nasi lemak, tanpa halia nasi tak wangi.

Perkongsian netizen mengenai nasi lemak nostalgia.

"Dah dok kata pula inovasi budak-budak sekarang je guna halia.

"Mana mai la padahal tok-tok, mak-mak kita umur 80 ke atas masak memang bubuh halia la," tulisnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang tampil berkongsi pengalaman serta resipi nasi lemak turun-temurun keluarga masing-masing.

Ada yang bersetuju bahawa halia memang digunakan dalam nasi lemak autentik kerana memberi aroma harum dan rasa yang lebih ‘naik’.

MENARIK DIBACA: Pertama kali cuba terus jadi! Wanita berjaya buat jem rambutan, tak sangka sedap

MENARIK DIBACA: Isteri pelik suami suka sangat sotong dalam tin, ramai tampil mengaku peminat tegar - "Ketagih dari kecil"

"Ye betul tu guna halia. Tak guna halba dan tak guna beras basmathi," tulis seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut berkongsi tentang ibunya yang kini berusia 83 tahun menggunakan halia bersama daun pandan, serai dan bawang merah dalam masakan nasi lemak keluarga mereka sejak dahulu lagi.

Komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga berpendapat bahawa resipi nasi lemak sebenarnya berbeza mengikut keturunan dan daerah.

"Manakala keturunan nenek moyang I pula tak ajar masak nasi lemak letak halia. Memang turun-temurun belah mak atau ayah cuma guna beras, santan, garam sikit dengan daun pandan je.

"Tapi tak ada kompelin pun kalau makan nasi lemak dekat luar letak halia. Kami 'balun' je," kongsi seorang netizen.

Antara komen netizen mengenai penggunaan halia dalam nasi lemak.

Ada juga yang menganggap isu tersebut tidak perlu diperdebatkan secara berlebihan kerana setiap keluarga mempunyai resipi dan cara memasak tersendiri.

"Nak letak tak apa, tak letak pun tak apa. Benda makanan je pun, bukan agama," komen seorang pengguna lain.

Dalam masa sama, ada individu mengakui dia tetap menggunakan halia walaupun pernah ditegur kerana dianggap tidak mengikut resipi kebiasaan.

"Saya masak nasi lemak bubuh halia dan bawang putih. Sampai sekarang saya teruskan juga sebab saya masak dan saya makan," tulisnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

"Ni bukan stik, ini bacon!" - Pelanggan 'angin' makanan dipesan jauh beza dengan foto di buku menu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Wanita mengaku malas masak, cuma beri anak bijirin! Lebih jaga perut sendiri dan suami - "Sedihnya ada mak macam tu"

Terhangat