info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Remaja jual aiskrim dari atas bot, raih jualan lebih RM400,000

Lead Image

MEMULAKAN perniagaan pada usia muda bukan perkara mudah, tetapi seorang remaja dari Maryland, Amerika Syarikat membuktikan bahawa kreativiti mampu mencipta kejayaan. 

Berusia 16 tahun, Brian Troupe mengusahakan perniagaan aiskrim unik dengan beroperasi di atas bot.

Menurut laporan media, perniagaan dikenali sebagai Troupe's Treats ini mencatatkan jualan kasar kira-kira RM453,000 sepanjang musim panas 2026.

Idea menjual aiskrim terus kepada pelanggan di atas air membantu Brian mengembangkan perniagaannya.

Kejayaan ini bermula daripada kegagalan Brian yang pada mulanya membuka gerai kecil di hujung jeti dengan harapan pemilik bot akan singgah membeli aiskrim. 

Bisnesnya kurang mendapat sambutan kerana pelanggan yang disasarkan enggan mengangkat sauh dan merapat ke jeti hanya untuk membeli snek.

Brian kemudian mencari pendekatan baharu dengan membeli bot kecil jenis jon boat pada harga hampir RM12,000 menggunakan wang simpanan selain melaburkan RM2,000 bagi penambahan kelengkapan. 

MENARIK DIBACA: Nasi Kandar Saddam nafi dakwaan terima bekalan ayam daripada pembekal tular

MENARIK DIBACA: Perlu teliti ketika membeli... Ini cara bezakan ciri ayam bangkai, disembelih ikut syarak

Pada musim panas 2026, Brian menjadi perhatian apabila menjual aiskrim premium seperti Magnum dan Klondike pada harga sekitar RM50 setiap satu. 

Remaja ini turut menaik taraf bot kecilnya kepada bot lebih besar, Sea-Doo Switch selain menambah peti sejuk beku bagi menyimpan lebih banyak aiskrim.

Langkah ini membuahkan hasil apabila purata jualan meningkat kepada kira-kira RM32,000 setiap hujung minggu bahkan merekodkan jualan kasar sehingga melebihi RM453,000 sepanjang musim panas 2026.

Keunikan Troupe's Treats turut terserlah menerusi cara Brian menyerahkan aiskrim kepada pelanggan menggunakan jaring ikan bertangkai panjang dengan menghulurkannya kepada pelanggan di atas bot lain tanpa perlu rapat ke jeti.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Tak selera makan bubur nasi kosong, tambah bahan-bahan ini 'auto' sedap 'terangkat'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Serabai Istimewa, Hameediyah dan Deens Maju dapat pengiktirafan MICHELIN Guide

Terhangat