KUALI | Resipi Tradisi
Sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng, kena cuba resipi rasam
SELAIN kari, rasam antara makanan yang cukup popular bukan sahaja dalam kalangan masyarakat India tetapi Melayu dan Cina.
Rasanya yang masam, pedas ditambah dengan aroma rempah, memikat selera sesiapa sahaja.
Hidangan ini bukan sahaja enak dinikmati bersama nasi panas malah sering dicari-cari sebagai juadah pembuka selera dan penghilang rasa muak.
Cara membuatnya juga cukup mudah, bolehlah buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan
- 1 biji tomato besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil biji lada hitam
- 1 sudu kecil jintan putih
- ½ sudu kecil biji ketumbar
- 1 tangkai daun kari
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu besar asam jawa
- 2 cawan air
- Garam secukupnya
- Daun ketumbar
Bahan tumis
- 1 sudu kecil minyak sapi
- ½ sudu kecil biji sawi
- 1 tangkai cili kering
- 1 tangkai daun kari
MENARIK DIBACA: Kapal cruise patuh syariah pertama di Malaysia beroperasi 29 Nov, saji hidangan halal bertaraf 5 bintang
MENARIK DIBACA: Rangup di luar, lembut di dalam... Ini rahsia ikan celup tepung sedap macam dekat Terengganu
Cara penyediaan
- Tumbuk atau kisar kasar biji lada hitam, jintan putih dan biji ketumbar.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan bawang putih yang dihancurkan dan bersama tomato besar yang dipotong dadu. Tumis hingga lembik.
- Tambahkan serbuk kunyit dan rempah kisar tadi. Kacau sebati sehingga wangi.
- Tuangkan asam jawa yang dicampur dengan satu cawan air kemudian tambah dua cawan air biasa kemudian masukkan garam secukupnya. Didihkan selama 10–15 minit sehingga naik bau dan kuah sedikit pekat.
- Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan sawi, cili kering dan daun kari. Biarkan meletup sedikit.
- Tuangkan rempah tumis ke dalam periuk sup rasam. Kacau sebati.
- Taburkan daun ketumbar segar di atas dan hidangkan panas. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau dihirup begitu saja.