Kena cuba red bean & berry milkshake, resipi ‘twist’ guna aiskrim kacang merah
TERINGAT waktu zaman sekolah dahulu, hampir setiap hari selepas habis kelas pasti singgah di kedai runcit berdekatan untuk membeli jajan.
Dengan cuaca panas terik, dapat aiskrim kacang merah memang terbaik.
Rasa aiskrim lemak manis membuatkan badan kembali cergas untuk pulang ke rumah.
Buat yang merindui momen ini, boleh cuba resipi ‘twist’ Red Bean & Berry Milkshake dikongsikan pempengaruh masakan Yatul Hakim di laman sosial Instagram miliknya.
Resipi minuman ini menggabungkan strawberi segar dengan ais krim kacang merah dan susu menghasilkan padanan ringkas tapi sedap.
Jom cuba resipi senang bukan sahaja sesuai untuk dewasa tapi anak-anak juga boleh minum bersama.
Bahan-bahan
- 1 cawan ais
- 1/4 cawan susu segar
- 5 biji strawberi
- 2 batang aiskrim kacang merah
- Whipped cream
- Strawberi dan beri hitam untuk hiasan
MENARIK DIBACA: Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan
MENARIK DIBACA: Rasa dan keharuman teh buah pelaga menenangkan, jom belajar cara membuatnya
Cara penyediaan
- Masukkan ais batu, susu segar, strawberi dan aiskrim kacang merah ke dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semuanya sebati dan teksturnya menjadi pekat dan lembut.
- Tuang ke dalam cawan tinggi.
- Tambahkan whipped cream di bahagian atas.
- Hias dengan potongan strawberi dan beri hitam untuk menambah rasa serta warna.
- Milkshake nostalgia siap untuk dinikmati!