KUALI | Minuman
Jangan tunggu Ramadan baru nak makan kurma, boleh buat smoothie... Tambah ‘almond butter’ memang mengancam!
RAMAI di antara kita hanya makan buah kurma ketika bulan Ramadan untuk mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa.
Tapi sebenarnya boleh sahaja mengamalkan buah berkenaan pada bulan-bulan biasa apatah lagi ia mempunyai pelbagai khasiat dan sedap dibuat smoothie.
MENARIK DIBACA : Siapa pun boleh buat fruit punch, tapi campuran jus kranberi dan secubit garam memang ‘another level’
MENARIK DIBACA : Ada rahsia buat teh tarik berlemak, sekali hirup memang boleh ketagih
Apa kata gabungkan kurma dengan pisang dan kacang badam untuk smoothie yang enak dan berkhasiat.
Paling penting tak sampai lima minit pun hendak dibuat dan ini cara-caranya.
Bahan-bahan
- 3/4 cawan susu atau susu badam
- 7 kurma
- 6 ketul ais
- 1 biji pisang saiz besar
- 1 sudu besar mentega badam
Langkah penyediaan
- Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar, kemudian kisar sehingga halus.
- Sedia untuk dihidangkan.