Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada setahun
TAHU tak yang papan pemotong di dapur anda sebenarnya ada tarikh luput?
Nampak macam boleh tahan lama tapi hakikatnya papan pemotong diperbuat daripada kayu atau plastik tetap perlu ditukar apabila sampai waktunya.
Kalau tak, makanan kita boleh terdedah dengan risiko bakteria bahaya yang membawa kepada penyakit serius.
Sebabnya basuh hari-hari pun belum tentu cukup nak hapuskan bakteria berbahaya macam Salmonella dan E.coli.
Menurut personaliti masakan Martha Stwart, ketahanan papa bergantung pada bahan dan cara kita menjaganya.

Papa kayu
Kalau dijaga betul, papan kayu boleh tahan lama berbanding plastik.
Tetapi jika ia mula berbau pelik atau ada kotoran yang susah sangat hilang, itu tandanya sampai masa 'pencen'.
Pakar cadangkan beli papan kayu berkualiti – kayu solid, bukan jenis kayu gam atau papan partikel yang senang reput dan jadi sarang bakteria.

Papan plastik
Ramai menyangka papan plastik merupakan pilihan terbaik, tetapi sebenarnya jangka hayatnya lebih pendek terutamanya jika digunakan selalu.
Apabila permukaan penuh calar, bakteria dan kelembapan senang terperangkap dan membiak tanpa kita sedari.
Sebaiknya, jangan pakai melebih setahun!
MENARIK DIBACA: Papan pemotong kayu pun ada cara menjaganya, cef kongsi petua sapu minyak bebas bakteria dan tahan lama
MENARIK DIBACA: Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama
Lebih membahayakan, risiko pencemaran silang lebih tinggi sekiranya papan plastik digunakan untuk memotong daging atau protein mentah.
Bukan itu sahaja, mikroplastik halus-halus yang terkeluar akibat permukaan tajam pisau boleh bercampur dengan makanan dan menyebabkan keradangan.
Oleh sebab itu, pakar menasihati pengguna untuk membeli papan pemotong diperbuat daripada bahan kitar semula dan bebas BPA.