KUALI | Video
Bukan setakat pulut, cendol mangga dan nangka di Mamam Place buat ramai terliur
BILA cuaca panas terik memang terasa nak cari sesuatu yang mampu membasahkan tekak dan menyegarkan badan.
Air cendol berlemak, lengkap dengan parutan buah-buahan segar seperti durian, mangga, laici dan nangka sememangnya menjadi pilihan yang sukar ditolak.
Rasa manis, lemak dan sejuknya cukup sempurna untuk melawan bahang panas.
Kalau anda berada sekitar Chow Kit, port cadangan Kuali, Mamam Place berbaloi untuk dicuba!
Tonton video penuh di YouTube Kuali.