4 bahan bantu masalah gastrik, pedih ulu hati... Ambil tahu juga makanan, tabiat perlu elak
MASALAH gastrik memang boleh mengganggu rutin harian, lebih-lebih lagi apabila ia tiba-tiba menyerang dengan rasa pedih ulu hati, perut tak selesa atau kembung.
Selain ubat dari farmasi, ada juga beberapa cara semula jadi yang boleh diamalkan untuk membantu mengurangkan simptom-simptom ini.
Kaedah ini boleh menjadi alternatif atau sokongan tambahan khususnya bagi mereka yang kerap mengalami masalah gastrik atau angin dalam perut.
Berikut merupakan kaedah semula jadi yang boleh anda cuba untuk membantu mengurangkan simptom gastrik dan menyokong kesihatan perut dengan lebih baik:

1. Probiotik
Probiotik ialah bakteria baik yang membantu menyeimbangkan sistem penghadaman dalam perut.
Bila sistem usus lebih sihat, proses penghadaman jadi lebih lancar dan simptom seperti kembung atau pedih ulu hati boleh berkurang.
Dalam masa sama, probiotik juga dipercayai boleh membantu melawan bakteria H. pylori (sejenis bakteria kecil hidup dalam perut) yang sering dikaitkan dengan gastrik.
Anda boleh dapatkan probiotik daripada makanan seperti yogurt, kimchi dan kombucha atau ambil dalam bentuk suplemen.

2. Minyak pati
Minyak pati seperti pudina, halia dan cengkih sering digunakan untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut.
Bau dan sifat semula jadi minyak ini dikatakan boleh memberi kesan menenangkan pada sistem penghadaman.
MENARIK DIBACA: 5 cara rendahkan kandungan gula dalam nasi putih... Boleh makan tanpa risau
MENARIK DIBACA: Ramai rasa tertipu dapat tahu dori dimakan, dipuji enak selama ini sebenarnya ikan patin!
Biasanya ia digunakan melalui aromaterapi untuk dihidu atau dalam sesetengah kes digunakan dengan kaedah tertentu selepas mendapat nasihat pakar kesihatan bagi memastikan penggunaannya selamat.

3. Ekstrak bawang putih
Bawang putih bukan sahaja bahan masakan tetapi juga dipercayai mempunyai sifat antibakteria yang boleh membantu melawan bakteria hidup.
Sesetengah kajian mencadangkan ia mungkin membantu mengurangkan simptom gastrik.
Ia boleh diambil secara mentah dengan dicincang halus atau dimakan bersama makanan lain seperti mentega kacang atau kurma bagi mengurangkan rasa pedasnya.

4. Teh hijau dan madu manuka
Teh hijau kaya dengan antioksidan dan boleh membantu menyokong kesihatan sistem penghadaman.
Ada kajian menunjukkan pengambilan teh hijau secara berkala boleh membantu mengurangkan kehadiran bakteria tertentu dalam perut.
Bila digabungkan dengan madu manuka mempunyai sifat antibakteria semula jadi, ia menjadi minuman yang bukan sahaja menenangkan tetapi juga membantu menyokong kesihatan perut.

5. Elakkan makanan pencetus gastrik
Salah satu cara paling penting untuk mengawal gastrik ialah dengan mengenal pasti dan mengelakkan makanan yang mencetuskan simptom.
Antara makanan yang sering memburukkan keadaan termasuk makanan pedas, bergoreng, bergula tinggi, produk daging tertentu serta alkohol.
Walaupun setiap orang berbeza, mengenal pasti 'trigger food' sendiri sangat membantu dalam jangka panjang.

6. Berhenti merokok
Merokok boleh merosakkan lapisan perut dan menjadikan simptom gastrik lebih teruk.
Ia juga meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius seperti ulser dan kanser perut.
Apabila seseorang berhenti merokok, lapisan perut mempunyai peluang untuk pulih dengan lebih baik disamping membantu mengurangkan kerengsaan dan simptom gastrik secara beransur-ansur.