KUALI | Video
Daging masak hitam, hidangan klasik cermin cita rasa tempatan
DENGAN pengalaman lebih lima dekad di dapur, Makcik Salmah Isa pernah menjadi cef peribadi kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Sepanjang kerjayanya, Makcik Salmah telah menghasilkan pelbagai resipi enak yang bukan sahaja membangkitkan selera, malah sarat dengan cita rasa tradisi mencerminkan keunikan Malaysia.
Kali ini, Kuali berpeluang menampilkan satu lagi resipi istimewa air tangan beliau iaitu daging masak hitam yang menjadi hidangan klasik dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.
Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.