• Prep Time 25 minutes
  • Cook Time 60 minutes
  • Serving For 7 people
  • Difficulty Normal
Favorite

Recipe Description

Welcome, Kuali Bakers! This time, we are showcasing all the most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake submissions here! To enter our giveaway, all you need to do is serve up your most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake using Anchor Cream Cheese, which is the key ingredient to a yummylicious silky burnt cheesecake. Read our full instructions here to win! This recipe is courtesy of Mufidah Abdul Hadi Alyunusi for “Burnt Cheesecake, Let’s Make It Malaysian-lah!” Contest.

This recipe is best with
Anchor Cream Cheese

Recipe Ingredient

  • 600 g Anchor Cream Cheese (suhu bilik)
  • 4 biji telur (suhu bilik)
  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 cawan Anchor Whipping Cream (suhu bilik)
  • 7 helai daun pandan - potong sepanjang 1 cm
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 sudu teh esen pandan (jika suka)
  • Beberapa titis pewarna hijau epal
  • Sirap Gula Melaka:
  • 200 g gula melaka
  • 3/4 - 1 cawan air
  • Sehelai daun pandan - disimpul

Instructions

  1. Satukan daun pandan dan air dan kisar hingga halus. Tapis dan perah daun pandan untuk dapatkan patinya. Ketepikan.
  2. Pukul Anchor Cream Cheese hingga lembut. Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan air pandan, krim dan esen pandan (jika suka) dan pewarna. Pukul lagi hingga rata.
  5. Alas acuan bulat berukuran 7 inci dengan kertas minyak hingga menutupi dasar serta tepi loyang.
  6. Tuangkan adunan cheesecake ke dalam acuan.
  7. Bakar pada suhu 210 darjah lebih kurang 50-60 minit hingga bahagian atas cheesecake bertukar warna gelap tapi cheesecake masih agak lembut.
  8. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  9. Sejukkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidangkan bersama sirap gula melaka.
  10. Sirap Gula Melaka:
  11. Satukan gula melaka, air dan daun pandan. Masak atas api kecil sambil dikacau sekali sekala hingga gula larut.
  12. Tapis dan masukkan semula adunan ke dalam periuk. Masak semula atas api kecil hingga pekat.
  13. Biarkan sejuk sebelum digunakan. Selamat Mencuba!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *