• Prep Time 30 minutes
  • Cook Time 40 minutes
  • Serving For 4 people
  • Difficulty Normal
Favorite

Recipe Description

Welcome, Kuali Bakers! This time, we are showcasing all the most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake submissions here! To enter our giveaway, all you need to do is serve up your most ‘terer’ Malaysian-themed burnt cheesecake using Anchor Cream Cheese, which is the key ingredient to a yummylicious silky burnt cheesecake. Read our full instructions here to win! This recipe is courtesy of Nurul Suhaida Aziz for the “Burnt Cheesecake, Let’s Make It Malaysian-lah!” Contest.

“Pulut Mangga adalah pencuci mulut tradisional Asia Tenggara dan Asia Selatan yang dibuat dengan beras pulut, mangga segar dan santan yang dimasak dengan sedikit garam. Di Malaysia, Pulut Mangga menggunakan Mangga Harum Manis adalah yang terbaik. Gandingan Burnt Cheesecake ke dalam Pulut Mangga memberikan satu kelainan kerana kombinasinya sempurna, sangat sedap dinikmati bersama santan.” – Nurul Suhaida Aziz

This recipe is best with
Anchor Cream Cheese

Recipe Ingredient

  • Bahan-bahan Burnt Cheesecake:
  • 250g Cream Cheese Anchor
  • 75g Gula Kastor
  • 2 biji Telur
  • 125ml Whipping Cream Anchor
  • 8g Tepung gandum (ayak)
  • 1 sudu kecil Jus Lemon
  • Secubit Garam
  • Bahan-bahan Pulut Mangga:
  • 2 biji Mangga masak (potong memanjang) ketepikan.
  • 500g Beras pulut susu
  • 1 kotak kecil Santan
  • 200 ml Air
  • 1 ½ sudu kecil Garam
  • Pewarna hijau
  • 1 keping Asam keping
  • Bahan-bahan Krim Santan:
  • 1 cawan Fresh cream
  • 2 sudu besar (Santan Pekat yang telah dimasak dan dibiarkan sejuk)

Instructions

    Penyediaan Burnt Cheesecake:
  1. Sapukan rata butter pada loyang 6 inci, alas loyang dengan dua helai baking paper secara bersilang, biarkan baking paper lebih tinggi daripada loyang. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese hingga berkrim, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil putar sebati.
  3. Kemudian masukkan whipping cream, putar lagi. Tambahkan gula dan putar sebati.
  4. Masukkan tepung gandum, garam dan jus lemon. Putar lagi hingga semua bahan sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  5. Bakar suhu 180°c selama 40 minit. Bergantung pada oven anda. Biarkan kek sejuk dalam loyang baru keluarkan. Simpan dalam peti sejuk.
  6. Penyediaan Pulut Mangga:
  7. Rendam semalaman beras pulut, titik pewarna hijau & asam keping.
  8. Toskan air beras pulut, keluarkan asam keping. Kukus 30 minit.
  9. Dalam bekas satukan santan, air & garam.
  10. Masukkan pulut yang dikukus ke dalam santan, gaul rata. Kukus lagi 30 minit.
  11. Penyediaan Krim Santan:
  12. Putar krim hingga kembang. Masukkan Santan dan putar lagi.
  13. Padatkan pulut ke dalam loyang 7 inci, sapu rata butterkrim santan diatasnya. Biarkan sejuk.
  14. Letakkan Burnt cheesecake diatas krim tadi, tambah lagi krim diatas dan susun Buah Mangga yang dipotong memanjang nipis menjadi bentuk bunga.

You may also like

2 thoughts on “Pulut Mangga Burnt Cheesecake”

  1. Casey - March 27, 2023 at 2:20 am

    where is the recipe with ingredients and instructions?

    Reply
    • Christy Heng - March 27, 2023 at 9:20 am

      Hi Casey! The ingredients and instructions are at the bottom 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *