Recipe Ingredient
- 3 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- 150 g isi udang (cincang halus)
- 200 g sengkuang (dihiris)
- 100 g lobak merah (dihiris)
- 100 g tauge (pilihan)
- Sedikit hirisan daun sup
- Sedikit garam dan bahan perasa
- Bahan Lain
- 1 paket kulit popia segera (kira-kira 25 keping)
- 1 biji telur
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
Instructions
- Untuk membuat inti, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukan bawang putih cincang dan tumis hingga wangi.
- Seterusnya, masukan isi udang dan tumis selama beberapa minit sebelum masukan semua sayur-sayuran seperti sengkuang, lobak merah dan tauge. Gaul seketika dan boleh ditambah garam dan perasa.
- Apabila semua bahan sebati, boleh ditutupkan api dan taburkan hirisan daun sup. Bahan inti tadi perlu ditapis untuk membuang cecair lebihan dan disejukkan terlebih dahulu.
- Anda boleh mula menggulung kulit popia dengan mengambil 1 sudu inti yang diletakkan ke atas kulit popia segera. Untuk bahagian hujung, oleskan dengan telur supaya ia melekat dengan baik. Ulang proses ini sehingga inti habis.
- Kemudian, anda boleh mula menggoreng popia tersebut sehingga warnanya bertukar kepada warna perang atau keemasan. Angkat dan biarkan seketika popia sebelum ia dinikmati bersama sos manis atau sos Thai.