Recipe Ingredient
- SERBUK KARI ADABI DAN ABABAS
Instructions
- Kari ikan yang sedap bergantung terutama pada rempah karinya. Ada dua rempah komersial di pasaran. Contohnya, jenama Adabi dan Baba's. Cuba gandingkan kedua-dua jenis rempah untuk mendapatkan rasa kari yg enak. Ada juga yang menambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili agar kari lebih pedas sedikit. Jika memasak kari ikan, bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi (bawang merah, putih dimayang halus). Manakala bawang untuk kari ayam/daging hendaklah ditumbuk atau dikisar.
- Bahan penumisnya pula ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Hendaklah menumis hingga naik bau bawang dan warnanya keemasan. Kemudian baru dimasukkan pes rempah kari, kacau dan masukkan sedikit air. Bila terbit minyak, barulah dimasukkan santan cair (untuk kari ikan). Pastikan juga sedikit garam dimasukkan semasa menumis rempah. Biar rempah benar-benar garing (naik minyak). Pastikan apinya sederhana dan kari dikacau selalu supaya tidak pecah santan.
- Jika memasak kari daging, pastikan daging empuk sebelum memasukkan santan pekat (selalunya kira-kira 5-6 minit & mendidih sekali sebelum selesai memasak). Jika memasak gulai yang menggunakan santan, jangan masak di atas api yg terlalu kuat. Pastikan ia dikacau selalu. Ramai menggunakan air asam jawa untuk kari ikan manakala asam gelugur untuk kari ayam/daging.